Wednesday, May 27, 2020

Raya PKPB 2020 / 1441 H Satu Catatan Sejarah


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.  Alhamdulillah hari ini dah masuk Hari Raya yang ke 5. Kemeriahan hari raya masih lagi terasa walaupun disambut secara sederhana sahaja tanpa ada kunjung mengunjung kecuali pada hari raya yang pertama.

Apapun kesyukuran dipanjatkan kepadaMu ya Allah dengan ujian yang Engkau berikan ini sudah pasti terselit beribu hikmah yang dapat mendidik hambaMu untuk terus mengabdikan diri kepadaMu ya Allah.

Inilah sedikit memori Hari Raya pada tahun ini 🔻